Undian kumpulan di TV
Pemain berkumpul depan TV dan nama mereka didedahkan satu per satu.
Daftar online, undian kumpulan, skor dari tablet di tepi meja, papan TV langsung dan rating untuk setiap pemain. Sistem yang kami guna setiap minggu di LekaPong, dibawa ke kelab, kampus atau syarikat anda.
Dari RM99 satu acara Selangor · Kuala Lumpur · Putrajaya · Negeri Sembilan
Rakaman sebenar di LekaPong
Angka sebenar dari sistem, dikemas kini setiap kali laman ini dibina.
Satu pautan di grup WhatsApp. Senarai pemain, bayaran dan senarai menunggu dikemas kini sendiri.
Kumpulan dan carta kalah mati dijana untuk anda, kemudian didedahkan di TV dengan animasi.
Pengadil menaip mata set demi set. Carta kumpulan dan kalah mati bergerak sendiri.
Setiap pemain dapat rating dan halaman sendiri. Keputusan dikongsi di media sosial LekaPong dalam 24 jam.
Semua klip ini skrin sebenar sistem yang kami bawa ke acara anda.
Pemain berkumpul depan TV dan nama mereka didedahkan satu per satu.
Pengadil simpan keputusan, TV dikemas kini serta-merta.
Selepas perlawanan akhir, TV umumkan johan dan perubahan rating setiap pemain.
Contoh paparan · nama, data dan kelab lain adalah rekaan
Harga untuk satu hari acara. Tiada caj tersembunyi.
Kami sediakan, anda jalankan
Untuk acara kecil dan kelab yang biasa mengurus hari acara sendiri.
Kami datang dan jalankan sistem
+RM5 setiap pemain tambahan
Untuk kejohanan hujung minggu kelab anda.
Syarikat, universiti, sekolah & komuniti
Untuk hari sukan syarikat, karnival universiti dan acara komuniti.
Contoh sebenar: kejohanan 48 pemain dengan pakej Matchday ialah RM350, kira-kira RM7 seorang. Ramai penganjur menambah RM5 hingga RM8 pada yuran penyertaan untuk menampungnya.
Beritahu tarikh, lokasi, format dan anggaran pemain. Kami balas dengan sebut harga.
Bayar deposit 50% melalui pautan TNG eWallet atau DuitNow. Baki dibayar selepas acara.
Halaman acara, poster dan pautan pendaftaran siap untuk anda kongsi.
Kami jalankan sistem dari daftar masuk hingga johan. Anda fokus kepada pemain.
Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Negeri Sembilan. Tiada caj perjalanan dalam 40 km dari LekaPong di Salak Tinggi. 40 hingga 100 km dikenakan RM100. Lebih jauh, kami beri sebut harga.
Tempat, meja, bola dan pemain. Untuk pakej Matchday dan Penganjur, kami bawa tablet skor dan sambungan 4G sebagai sandaran. Kami perlukan satu TV atau projektor dengan HDMI; jika tiada, beritahu kami awal.
Lebih ramai pemain bermakna lebih banyak perlawanan untuk diurus. RM350 meliputi sehingga 64 pemain, iaitu saiz kebanyakan kejohanan hujung minggu. Selepas itu RM5 bagi setiap pemain tambahan.
Buat masa ini pemain membayar terus kepada penganjur dan anda tandakan bayaran dalam sistem. Bayaran online dengan TNG eWallet dan DuitNow terus ke akaun kelab sedang dibangunkan, dijangka siap hujung 2026.
Anda pilih. Acara bertaraf rating memberi setiap pemain rating yang ikut mereka ke semua kelab. Acara santai atau korporat boleh dibiarkan tanpa rating.
Boleh. Kami bina acara anda dalam sistem, dan pemain hanya perlukan telefon untuk mendaftar. Jika kelab anda mahu menjalankan acara sendiri selepas itu, lihat halaman Untuk Kelab.
Senarai pemain anda kekal milik anda. Kami tidak menggunakan kontak pemain anda untuk promosi LekaPong.
WhatsApp kami tarikh, lokasi dan anggaran bilangan pemain. Kami balas dengan sebut harga.
Mahu jalankan acara sendiri? Lihat sistem untuk kelab →